Siakap Keli
Gambar Via DW

Letupan Kuat Gegar Pangsapuri Di Sweden, Lebih 20 Orang Dilapor Cedera & Empat Parah

Satu letupan kuat dilaporkan telah berlaku di sebuah bangunan pangsapuri di Gothenburg, Sweden pada Selasa sehingga menyebabkan 20 orang mengalami kecederaan, lapor DW.

Agensi berita Sweeden melaporkan bahawa letupan berlaku pada awal pagi dan pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran yang dikatakan telah merebak ke beberapa pangsapuri lain.

Sementara itu, pihak polis mengatakan bahawa mereka telah memulakan siasatan dan punca letupan masih tidak diketahui.

Jurucakap Hospital Universiti Sahlgrenska pula mengatakan antara mangsa yang dirawat oleh mereka adalah tiga wanita dan seorang lelaki yang cedera parah.

Pasukan bomba juga masih lagi berusah untuk memindahkan penghuni pangsapuri itu dan memadamkan kebakaran.

“Beberapa bangunan pangsapuri terjejas, tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan letupan tersebut,” kata jurucakap bomba di wilayah Gothenburg.

Sumber: DW

Sofea

There's always another side to every story