Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Pesawat Air France Dari Beijing-Paris Dilapor Berpatah Balik, Penumpang Dakwa Dengar Bunyi Letupan & Asap Keluar Dalam Kabin

Gambar Via Shanghai Daily

Satu kejadian letupan didakwa telah berlaku di dalam pesawat Air France AF393 pada jam 3.50 pagi (waktu tempatan) sejurus selepas berlepas dari Beijing.

Menurut ciapan Shanghai Daily di Twitter, bunyi letupan dan asap hitam berlaku di bahagian belakang kabin pesawat itu.

Difahamkan, pesawat itu dalam perjalanan menuju ke Paris.

Bagaimanapun, tiada penumpang yang tercedera di dalam kejadian itu.

Pesawat itu juga telah berpatah semula ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing sekitar jam 4 pagi dan penumpang akan menaiki penerbangan yang lain untuk ke Paris hari ini.

Setakat ini, punca kemalangan tersebut masih lagi tidak diketahui.

Sumber: Shanghai Daily