Siakap Keli
Gambar: KKM

Semalaman Lupa ‘Check Out’ MySejahtera? Rupanya Ini Cara Sistem Kesan Sekiranya Pengguna Lupa ‘Check Out’

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan memperkenalkan fungsi daftar keluar untuk pengguna MySejahtera bagi memudahkan pengesanan kontak.

Ciri daftar keluar ini perlu ditekan sebaik sahaja seseorang beredar daripada sesuatu premis. Pun begitu, di awal pengenalan, ramai pengguna mengaku seringkali terlupa untuk menekan butang daftar keluar sehingga berjam-jam mahupun hari seterusnya.

Justeru, adakah pihak KKM akan menganggap pengguna berada di tempat demikian semalaman jika pengguna terlupa mendaftar keluar MySejahtera? Berikut adalah penjelasan dikongsikan KKM.

Adakah benar pihak KKM menganggap anda berada di mana-mana tempat sepanjang malam jika anda lupa untuk “check out” di MySejahtera? Tidak.

Berikut adalah penerangan bagaimana data “check out” digunakan oleh sistem AI di sebalik MySejahtera.

Secara am, ada dua kaedah untuk menghasilkan sistem pengesanan kontak yang “automated”.

1) Kod QR – melihat “overlap” dengan kes positif
2) Bluetooth – melihat “proximity” dengan kes positif

Di Malaysia, kami menggunakan kaedah yang pertama setakat ini.

Sejak 10 Mac, lebih 7 juta notifikasi “Kontak Kasual” telah dihantar untuk menyedari pengguna yang mungkin terdedah kepada orang yang positif Covid.

Sistem AI mengggunakan “exposure window” serta data ujian saringan untuk menentukan penerima notifikasi tersebut.

Sebelum “check out” diperkenalkan, data check-in berturutan digunakan untuk meletakkan “upper bound” pada tempoh masa seseorang berada di sesuatu tempat.

Contohnya, jika check-in di Restoran X pada 7 malam, dan Restoran Y pada 8 malam, anda berada di X untuk paling lama 1 jam.

Sekiranya check-in berturutan bersifat “outlier” (cth anda balik rumah dan hanya keluar esok), sistem mengesan itu sebagai “outlier”, dan menggunakan tempoh purata (berdasarkan lokasi, waktu dan demografi).

Purata ini amat stabil kerana dihasilkan daripada berbilion “check-in”.

Kini, kami minta user untuk “check out” kerana ini akan membolehkan algoritma menentukan risiko jangkitan dengan lebih tepat.

Namun, sama seperti dulu, sistem dapat mengesan sama ada pengguna itu berkemungkinan besar lupa “check out”, maka menggunakan tempoh purata.

Satu lagi contoh:

Pengguna check-in di Restoran X pada 7pm, dan check-out pada 8am esok.

Sistem akan melihat – secara purata, berapa lama pengguna akan berada di lokasi ini sekiranya check-in pada waktu 7pm.

Purata itu dapat digunakan untuk mengganti check-out yang misleading. Oleh itu, kami amat menggalakkan pengguna untuk “check out”. It helps us help you.

However, if you forget, don’t worry – we won’t think that you’re spending the entire night at work, or at a restaurant.
Untuk makluman, sistem AI yang menghantar notifikasi Kontak Kasual sudah berjalan selama 200 hari.

If you have received a casual contact notification:

1. Answer your MySJ self-assessment.
2. TEST if you develop symptoms.
3. ISOLATE if you are positive.

And, comply with SOPs!

Sumber asal: Twitter Dr Mahesh Appannan, Ketua Data CPRC, KKM.

Sumber: KKM

" "