Siakap Keli
Gambar: FIFA

(Video) Padu & Berdesup Macam ‘Peluru’, FIFA ‘Iktiraf’ Gol “Free Kick” Viral Sabah FC Berkelas Dunia

Gol daripada hasil sepakan percuma yang dijaringkan oleh pemain import Sabah FC, Park Tae-su dalam saingan Piala Malaysia menentang PJ City FC tempoh hari mendapat perhatian Badan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Daripada ciapan yang dimuat naik oleh akaun badan induk bola sepak itu, jaringan yang dihasilkan oleh pemain yang berasal daripada Korea Selatan berkenaan adalah sangat mengagumkan.

FIFA menyatakan bahawa sepakan padu yang terkena palang dan menerjah jaring dari jarak 40m dilepaskan oleh pemain tersebut seakan roket.

There’s nothing like a 40-yard rocket hitting the crossbar on its way into the net,” tulis akaun Twitter FIFA di Twitter rasminya.

Hasil daripada jaringan tersebut, pasukan Sabah FC berjaya mendahului pihak lawan selepas hampir 20 minit perlawanan berlangsung.

Walau bagaimanapun, pasukan tuan rumah nyata berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi penyerang berbisa mereka, Darren Lok.

Perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi satu mata.

Sungguhpun begitu, pasukan Sabah FC pastinya dapat berbangga kerana FIFA mengiktiraf gol yang mengagumkan itu.

Sumber: @FIFAcom

Aqmal Ezany

I write what is right