Siakap Keli
Kredit: Bernama

“Harap Dapat Merentas Balik Kampung,” Kurang 5% Menuju Ke 90% Populasi Dewasa Lengkap Divaksin, Ramai Sudah Tak Sabar

Sehingga 28 September 2021, sebanyak 85.1 peratus golongan dewasa telah menerima vaksinasi lengkap di Malaysia manakala 94 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), peratusan itu mewakili 19.9 juta individu yang sudah mendapat vaksinasi lengkap setakat ini.

Memetik data dikongsikan CovidNow, sebanyak lebih 43 juta dos telah diberikan dengan purata 329,722 dos diberikan setiap hari.

Menerusi kadar vaksinasi setiap hari, negara hanya memerlukan kurang lima peratus untuk mencapai kadar 90 peratus vaksinasi lengkap bagi kumpulan dewasa untuk membolehkan aktiviti rentas negeri sepertimana kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pada minggu lalu.

Katanya, kerajaan akan membenarkan aktiviti rentas negeri dan pelancongan sebaik negara mencapai kadar 90 peratus lengkap vaksinasi kumpulan dewasa.

Kenyataan ini disokong Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjangkakan kebenaran diberikan pada bulan hadapan.

“Kemungkinan pada Oktober sama ada pada peringkat awal atau selewat-lewatnya pertengahan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MPN Bilangan 3/2021 di sini semalam.

Hal ini memberi harapan kepada rakyat Malaysia yang ternanti-nanti pengumuman tersebut.

Sumber: CovidNow, JKJAV

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.