Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sbari Yaakob dalam satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan kerajaan akan memberikan kebenaran untuk merentas negeri dengan syarat 90 peratus populasi dewasa negara menerima vaksin, berdasarkan data dan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perkara berkenaan antara beberapa perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang diadakan hari ini.
Selain itu, kerajaan juga akan membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau dan kawasan pelancongan melalui syarat yang sama.
Melalui kenyataan media yang sama juga, beliau turut mengumumkan peralihan fasa melibatkan beberapa buah negeri.
Negeri Sembilan kini beralih daripada Fasa 3 kepada Fasa 4, Pahanda daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 dan Johor daripada Fasa 1 kepada Fasa 2.
Peralihan fasa melibatkan negeri-negeri ini akan mula berkuatkuasa 24 September.
Terdahulu, beliau ada berkongsikan ciapan bahawa populasi dewasa yang telah divaksinasi di negara kini telah mencapai 80%.
Dengan pengumuman yang menyatakan bahawa sekiranya populasi dewasa yang telah divaksinasi mencapai 90% kerajaan akan membenarkan aktiviti rentas negeri, ianya sedikit sebanyak pasti dapat menggembirakan rakyat.
Sumber: MKN