KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kes penyeludupan dadah menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai satu bentuk pengkhianatan serius terhadap keselamatan negara yang tidak boleh dikompromi.
Beliau berkata isu pencerobohan keselamatan sempadan dan ketirisan melibatkan aset strategik kerajaan itu menjadi antara fokus utama dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, susulan pendedahan mengenai kegiatan penyeludupan dadah yang turut melibatkan penerbangan komersial sebelum ini.
Bekas MB Kelantan, Ahmad Yakob Dilantik Mursyidul AM PAS
Bukan Semua Pisang Sama, Ini 9 Jenis Pisang Di Malaysia Dan Kegunaannya
Kenapa Otak Tiba-Tiba Jadi Kosong Apabila Kena Marah? Ini Penjelasan Dari Sudut Psikologi
“Ya Allah, Tak Tertanggung Sakit Ini,” Amir Raja Lawak Kongsi Keadaan Kesihatan Diri, Perlu Masa Untuk Pulih
Minat Atau Sebenarnya Dah Obses? Ini Tanda-Tanda Yang Ramai Tak Sedar
Anwar berkata kerajaan memandang berat ancaman jenayah terancang yang disifatkan sudah berakar umbi secara sistemik sejak puluhan tahun lalu dan tidak boleh lagi dianggap sebagai kes terpencil.
“Mana mungkin kita izinkan benteng pertahanan kita bocor dan bolos begitu oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Ini khianat kepada negara dan bahayanya besar,” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Ampang, di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah mendapatkan jaminan daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin agar pemantauan rapi dan tindakan tanpa kompromi dilaksanakan segera.
Beliau berkata arahan tegas dikeluarkan kepada semua agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pertahanan, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengemukakan laporan menyeluruh.
“Benda ini berlaku dah puluhan tahun dan diizinkan...kadang-kadang bersekongkol dengan kalangan tertentu. Saya faham ini yang menyebabkan sebahagian daripada kita benci. Saya nak bagi tahu sementara saya ada tugas serta tanggungjawab dan amanah, saya tidak akan tolak ansur,” katanya.
Anwar berkata walaupun kerajaan merekodkan jumlah tindakan penguatkuasaan paling banyak dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, masalah ketirisan masih berulang dan Jemaah Menteri sebulat suara menyokong usaha pembersihan menyeluruh terhadap gejala tersebut.
Pada 17 Nov lepas, 11 individu terdiri daripada lima pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam ditahan dalam operasi di Lembah Klang dan Labuan kerana disyaki terbabit aktiviti penyeludupan dadah menggunakan aset TUDM.

