Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas MB Kelantan, Ahmad Yakob Dilantik Mursyidul AM PAS

bekas mb kelantan
Kredit: Facebook Dato' Ahmad Yakob

Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Yakob dilantik sebagai Mursyidul Am PAS bagi sesi 2026–2030 selepas tempoh pelantikan penyandang terdahulu, Datuk Hashim Jasin, berakhir pada Oktober lalu.

Iklan

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulama (MSU) Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Selasa.

Pelantikan itu diputuskan dalam persidangan Majlis Syura Ulama PAS yang berlangsung pada 17 November 2026.

Ahmad Yakob yang pernah menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan selama dua penggal dari 2013 hingga 2023 kini diberikan amanah untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi badan ulama parti berkenaan.

Dalam perkembangan sama, jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS pula disandang oleh Datuk Dr. Mahfuz Mohammad.

Selain itu, beliau turut melantik Ustaz Mohammad Asri Mohammad Daud sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang baharu.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberikan pertolongan dan kemudahan dalam melaksanakan tugas serta amanah perjuangan”

Menerusi kenyataan sama, Majlis Syura Ulama PAS merakamkan ucapan tahniah kepada semua individu yang diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan masing-masing bagi sesi 2026–2030.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberikan pertolongan dan kemudahan dalam melaksanakan tugas serta amanah perjuangan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Pelantikan Ahmad Yakob dijangka menjadi antara perkembangan penting dalam susunan kepimpinan Majlis Syura Ulama PAS bagi penggal baharu, khususnya selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Hashim sebagai Mursyidul Am sebelum ini.

Sumber:Facebook
Intipati
  • Ahmad Yakob dilantik Mursyidul Am PAS bagi sesi 2026–2030 menggantikan Hashim Jasin.
  • Pelantikan itu disahkan Nik Muhammad Zawawi Salleh melalui hantaran Facebook pada Selasa.
  • Mahfuz Mohammad dilantik Timbalan Mursyidul Am, manakala Mohammad Asri menjadi Setiausaha MSU PAS.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan