Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Ya Allah, Tak Tertanggung Sakit Ini,” Amir Raja Lawak Kongsi Keadaan Kesihatan Diri, Perlu Masa Untuk Pulih

dosa kecil amir

Selepas melalui detik sukar ketika menerima rawatan di hospital, pelawak Amir Raja Lawak memaklumkan bahawa keadaan kesihatannya menunjukkan perkembangan positif apabila dia kini sudah dipindahkan ke wad biasa.

Iklan

Menerusi satu hantaran di Facebook, Amir memaklumkan bahawa dia masih berada di bawah pemantauan pihak perubatan dan perlu menggunakan bantuan oksigen meskipun sudah dibenarkan memegang telefon bimbitnya sendiri.

Dalam perkongsian sama, Amir turut meluahkan rasa syukur serta berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan dan memberikan sokongan sepanjang dia menerima rawatan.

Menurutnya, dia sering mendengar bahawa kesakitan yang ditanggung seseorang merupakan salah satu cara Allah menghapuskan dosa-dosa kecil.

“Kalau hapuskan dosa kecil pun dah sesakit ini, bagaimana keadaan saya jika untuk bersihkan dosa besar saya?

“Ya Allah, tak tertanggung sakit ini. Memang sakit Ya Allah,” luahnya.

Masih Bergelut Untuk Bernafas, Perlu Pulihkan Paru-Paru Secara Perlahan-Lahan

Mengulas keadaan kesihatannya, Amir berkata usaha untuk kembali mendapatkan tahap kesihatan seperti sebelum ini masih memerlukan perjalanan yang panjang.

Jelasnya, meskipun sudah menunjukkan perkembangan, Amir memaklumkan dirinya memerlukan masa untuk pulih.

Katanya, perkara paling mencabar ketika ini adalah untuk bernafas dan menggerakkan tubuh badan kerana kedua-duanya memerlukan masa untuk pulih.

Malah, bercakap banyak patah perkataan juga boleh menyebabkan dirinya terbatuk-batuk.

Amir turut menjelaskan bahawa proses melatih paru-parunya untuk kembali berfungsi seperti biasa perlu dilakukan secara berperingkat dan tidak boleh tergesa-gesa.

“Saya kena perlahan-perlahan untuk latih paru-paru kembali aktif macam sebelum ini, tak boleh buat dengan terburu-buru supaya paru-paru dapat blend dengan kondisi tubuh badan semasa saya,” tambahnya dalam hantaran itu.

Ambil Masa Lebih Sejam Untuk Tulis Perkongsian

Dalam pada itu, Amir turut memaklumkan bahawa dia ada membaca komen-komen daripada orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya.

Bagaimanapun, dia memohon maaf kerana tidak berkesempatan membalas setiap komen meskipun menghargai segala doa dan kata-kata semangat yang diberikan.

Malah, untuk menghasilkan satu hantaran ringkas mengenai keadaan dirinya itu, Amir memberitahu dia mengambil masa lebih sejam.

Mengakhiri perkongsian tersebut, Amir sekali lagi menzahirkan penghargaan kepada semua yang mengambil berat tentang dirinya.

Perkongsian itu mengundang rasa simpati dan doa orang ramai diruangan komen yang berharap agar Amir diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang menjalani proses pemulihan.

Intipati
  • Amir Raja Lawak dipindahkan ke wad biasa selepas keadaan kesihatannya menunjukkan perkembangan positif.
  • Beliau masih menggunakan bantuan oksigen dan berada di bawah pemantauan pihak perubatan.
  • Amir berkata proses memulihkan paru-paru perlu dilakukan perlahan-lahan kerana masih sukar bernafas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan