Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih Dua Minggu Dirawat Akibat Influenza B, Amir Raja Lawak Akhirnya Dibenarkan Pulang

influenza
Kredit: Facebook Amir Raja Lawak

Pelawak, Amir Raja Lawak menarik nafas lega apabila akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas lebih dua minggu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, akibat jangkitan influenza B dan kuman pada paru paru.

Iklan

Amir menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan, dia disahkan positif influenza B selain mengalami jangkitan kuman pada paru paru.

Bagaimanapun, katanya, keadaan kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya dan dia perlu menjalani pemeriksaan susulan termasuk imbasan CT serta X ray.

Menurut Amir, keadaan kesihatannya mula merosot secara mendadak apabila mengalami demam berpanjangan sebelum disusuli serangan asma.

Ujarnya, pemeriksaan X ray kemudian mengesahkan terdapat jangkitan pada paru paru sehingga dia hampir ditidurkan oleh pihak perubatan.

“Keadaan kesihatan saya merosot secara mendadak bermula dengan demam berpanjangan sebelum mengalami serangan asma dan disahkan mempunyai jangkitan pada paru paru menerusi pemeriksaan X ray.

“Saya juga hampir ditidurkan oleh pihak perubatan, namun ibu meminta doktor mencuba kaedah rawatan lain terlebih dahulu.

“Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, saya kini dibenarkan pulang ke rumah walaupun masih belum 100 peratus sihat lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Amir menyifatkan pengalaman dijangkiti influenza B kali ini lebih mencabar berbanding ketika dia mengalami COVID 19 sebelum ini.

Jelasnya, keadaan menjadi semakin sukar apabila dia turut mengalami kahak berdarah, kesukaran bernafas, memerlukan bantuan mesin oksigen serta menjalani beberapa prosedur rawatan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati hati dan sentiasa menjaga kesihatan, khususnya mereka yang pernah dijangkiti COVID 19.

Amir turut mengakui kejadian berkenaan berlaku secara tiba tiba sehingga menyebabkan beberapa urusan perniagaannya tidak sempat diuruskan sebelum keadaan kesihatan semakin merosot.

Katanya, kesibukan bekerja tanpa mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi juga antara perkara yang perlu diberi perhatian selepas melalui pengalaman tersebut.

Pada masa sama, Amir menzahirkan penghargaan kepada doktor, jururawat serta pembantu perawatan kesihatan (PPK) yang menjaganya sepanjang menerima rawatan di hospital.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus putus mendoakan dan memberikan sokongan sepanjang berdepan ujian kesihatan berkenaan.

“Apapun nikmat hidup dalam sihat memang tiada tandingnya. Jaga diri, jaga kesihatan, jaga makan minum baik baik semua,” katanya.

Intipati
  • Amir Raja Lawak dibenarkan pulang selepas lebih dua minggu dirawat di HRPZ II.
  • Beliau disahkan positif influenza B dan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
  • Amir masih belum pulih sepenuhnya dan perlu menjalani pemeriksaan susulan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan