Sejak pandemik COVID-19 melanda, ramai yang mula bergiat mencari rezeki dengan menjual pakaian bundle menerusi dalam talian. Kebiasaannya, penjual akan mempromosikan jualan mereka melalui live di media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram.
Namun, bukan mudah untuk mendapatkan pembeli sehingga kadang-kadang membuatkan penjual berputus asa. Dalam masa yang sama, wujud juga ‘joy buyer‘ atau individu yang bersungguh-sungguh booking pakaian, tetapi sebenarnya tidak serius untuk membelinya.
Situasi itu dialami oleh seorang gadis yang menjual baju tidur bundle beberapa hari yang lalu.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh kakaknya, @Aqish37 di TikTok, gadis tersebut dilihat menangis kerana terlalu sedih dan kecewa dengan sikap joy buyer tersebut.
“Penat aku buat live, dengan semputnya tapi orang senang-senang je joy
“Kalau jual sehelai dua tak kisah, tapi sebab banyak gila kot dia ambik tadi,” katanya.
Menurutnya, individu tersebut mahu membeli (lock) lima helai baju, namun akhirnya menghilangkan diri.
@aqish37 lumrah seller online😢.. bertabah la adik @cipakbundle #fyp #fypシ #bundle #pyjamas #joybuyer
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan nasibnya dan mendoakan agar diberikan rezeki yang melimpah ruah selepas ini.
Sabar dengan ujian
Letih tau sekali live
Teruskan berjuang
Sumber: Aqish37