Memasak sememangnya menyeronokkan, namun ramai yang mengeluh bila tibanya saat untuk membasuh segala periuk belanga yang digunakan. Tambah-tambah jika periuk tersebut hitam dan terlebih ‘hangus’ sehingga susah untuk disental.
Dalam keadaan itu, kebanyakan orang hanya membiarkan saja periuk itu tanpa dibasuh dengan bersih.
Tapi jangan risau, seorang pengguna Facebook, Tinie Razak, berkongsikan tips untuk menyental periuk belanga sehingga ia menjadi licin dan berkilat seperti baru dibeli.
Menurutnya, tiga bahan utama perlu digunakan iaitu berus periuk kasar, berus periuk halus dan sabun mandi.
Sehingga kini, tips yang dikongsinya itu telah mendapat sebanyak 11 ribu tanda suka dan 6.3 ribu perkongsian di Facebook.
Jom kita tengok perkongsiannya di bawah ini, semoga bermanfaat.
Baru selesai menggosok periuk belanga dengan 3 barang ni je.
Memang selama ni, saya guna 3 barang ni untuk tonyoh periuk belanga saya.
Semoga bermanfaat utk semua.
1- Gosok periuk kasar (scotch brite)
2- Gosok periuk halus (steel wool)
3- Sabun mandi popinjay hijau (sabun cap burung)
Dan semestinya air lah.
Saya guna sabun popinjay ni sebab dia cepat kembang (macam sabun kapak) bila terendam air, kebanyakan sabun mandi yang lain, dia lambat sikit. So, saya akan tekapkan kat sabun dan gosok. Sabun ni saya beli dekat nsk. Tapi dekat kedai runcit or pasaraya pun ada je.

Ada yang komen cakap, kononnya saya jarang masak, sebab tu periuk belanga bersih. Saya owner Tinie’s Kitchen . Seorang tukang masak dan kerja saya memang memasak.
Cumanya, setiap 2 minggu sekali saya akan kumpulkan periuk belanga dan gosok sekali harung. So, tak sempatlah nak berkerak tebal. Dan usia periuk belanga ni dah 5 tahun pun.
Mana yang berkerak tebal pulak, sis semua boleh kikis dulu dengan pisau, kemudian gosok dengan yang kasar kemudian yang halus pulak. (Nak seribu daya kan?)
Tak semua steelwool berkesan, so kena pandai cari. Yang saya guna ni jenis yang bungkus besar, pastu nak guna kena tarik-tarik dulu.
Semoga post ini membantu ye.
Sumber: Tinie Razak