Siakap Keli

(Video) Dari Burger Hingga ayam Panggang, Aksi Comel Chef Cilik Memasak Tarik Perhatian Ramai

Seorang chef kanak-kanak yang berusia tiga tahun dilapor memperoleh berjuta-juta pengikut di TikTok kerana video aksi memasaknya yang sangat comel.

Menurut Daily Mail, Chef Ilirian Kameraj dari Great Neck, New York telah bereksperimen di dapur dengan ibunya sejak dia berusia kurang dari satu tahun.

Pun begitu, sejak pandemik COVID-19 melanda, ibunya, Dorentina telah mengubah persiapan makanannya menjadi pertunjukan memasak di TikTok.

@ilirian_cooks

Tag @gordonramsayofficial The Perfect Steak! #steak #meat #fyp Chaotic #eee #animal #kidsfun

♬ original sound – Chef ilirian kameraj

Puluhan video masakan telah dimuatnaik di media sosial itu termasuk ketika dia memasak ayam panggang daging lembu Wellington.

Videonya seringkali mendapat berjuta-juta tontonan kerana orang ramai sangat ‘geram’ melihat kecomelannya.

Gambar Via Daily Mail

Antara masakan lain yang dibuat olehnya adalah salad orzo bayam, spaghetti dan bebola daging, pizza, pai labu, steak, burger dan banyak lagi.

@ilirian_cooks

Gordon Ramsay’s beef Wellington! Tag @gordonramsayofficial #ramsaysreact #fyp #toddlercher #dinner #wellington #bacon

♬ original sound – Chef ilirian kameraj

Dia bermula dengan makanan mudah seperti kek cawan tetapi akhirnya berjaya membantu ibunya membuat ayam panggang.

Dorentina mengatakan bahawa anak-anak dapat melakukan banyak perkara di dapur jika diberi kesempatan namun dia juga mengutamakan keselamatan, menjauhkan anaknya dari pisau dan menggunakan mesin cincang untuk sayur-sayuran.

“Saya menunjukkan kepadanya cara menggunakan alat-alat tersebut, anak-anak sebenarnya mampu melakukan banyak perkara jika ibu bapa membenarkan mereka mencuba,” katanya.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story