Semangat luar biasa seorang kanak kanak perempuan ketika membuat persembahan dikir barat mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi video yang tular, kanak kanak berkenaan dilihat begitu bersungguh sungguh menghayati persembahan sehingga perhiasan yang dipakai di kepalanya turut tertanggal.

Aksinya yang penuh bertenaga itu bukan sahaja menghiburkan penonton, malah menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi ruangan komen, Anwar turut memberikan pujian terhadap penghayatan kanak kanak tersebut ketika mempersembahkan seni budaya tradisional berkenaan.
“Menjiwai betul. Seronok tengok anak anak hidupkan budaya kita,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata rata pengguna turut terhibur melihat kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh adik berkenaan.
Seorang pengguna, ainiiishr, secara berseloroh membayangkan leher kanak kanak itu mungkin terasa lenguh selepas persembahan penuh bertenaga tersebut.
“Ya Allah dik. Lenguh leher terasa sampai sini. Apa apa pun, satu Bukit Bintang akan kenal kau dik,” katanya.
Sementara itu, shabraim turut berseloroh mengenai kesungguhan kanak kanak berkenaan ketika membuat persembahan.
“Bukan main semangat kamu ya dik, pasti malam malam mengadu dengan mak leher sakit,” komennya.
Pengguna bernama wanfaezah_auzaie pula memuji keyakinan diri yang ditampilkan oleh kanak kanak tersebut.
“Saya suka tengok budak budak yang ada keyakinan macam ini. Semangat betul dia ya,” katanya.
Dalam pada itu, bungamerah777 turut menyifatkan persembahan tersebut begitu menghayati sehingga mampu menarik perhatian penonton.
“Masya-Allah, betul betul menghayati persembahan itu sehingga menusuk jiwa,” jelasnya.
Seorang lagi pengguna, amirimranmusi, turut memberikan komen ringkas mengenai video berkenaan dengan menyebut bahawa aksi itu lebih menarik apabila dimainkan pada kelajuan dua kali ganda.

