Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penyanyi Dikir Barat Kelantan, Jen Endoro Meninggal Dunia

Jen Endoro
Kredit: Bernama

KOTA BHARU, 10 Nov (Bernama) -- Tukang karut dan penyanyi dikir barat tersohor Mohd Zain Ismail, 65, atau lebih dikenali sebagai “Jen Endoro” meninggal dunia di Hospital HUSM Kubang Kerian di sini, akibat strok pada 6.02 pagi tadi.

Iklan

Perkara berkenaan disahkan anak bongsunya Mohammad Faris Mohd Zain, 20, yang turut memaklumkan arwah menghidap strok sejak empat tahun lepas.

“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka selepas solat Zohor,” katanya kepada Bernama hari ini.

Jen Endoro merupakan penyanyi dikir barat sejak tahun 1970-an yang terkenal dengan lagu Mariani, Bakpo Tok Royak Demo Bini Ore, Masliza, Anak Siapa Hok Lalu Tadi dan Jangan Ceroboh Hutan.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Mohd Zain Ismail, dikenali sebagai Jen Endoro, meninggal dunia akibat strok pagi tadi.
  • Anak bongsunya mengesahkan arwah menghidap strok sejak empat tahun lepas.
  • Jen Endoro terkenal sejak 1970-an dengan beberapa lagu popular dikir barat Kelantan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan