Calon Parti Demokrat, Abdul El-Sayed pada awal Rabu berkata telah memenangi kerusi Senat Amerika Syarikat (AS) di Michigan selepas menewaskan bekas ahli Kongres daripada Parti Republikan, Mike Rogers.
Hal ini sekali gus bakal menjadikannya individu beragama Islam pertama dipilih menganggotai Dewan Tertinggi Kongres AS.
“Michigan, kita berjaya. Saya amat berbangga dan berbesar hati dapat berdiri di sini sebagai senator yang baru dipilih dari negeri Michigan yang hebat ini,” kata El-Sayed dalam ucapannya di ibu pejabat kempen pilihan rayanya di Detroit.
El-Sayed meraih kemenangan itu meskipun kempennya berdepan cabaran pada saat-saat akhir apabila anggota Kongres, Haley Stevens, yang tewas kepada El-Sayed dalam pemilihan awal Parti Demokrat, secara mengejut menyatakan sokongan terhadap Rogers menjelang hari pengundian.
