Siakap Keli
Gambar: @poppycooks

(Video) Kurang Dari 20 Saat, Chef Ini Tunjuk Cara Potong Bawang Dengan Lebih Cepat

Satu video yang dikongsikan oleh seorang chef berkenaan cara memotong bawang telah menjadi tular di media sosial.

Bintang TikTok Poppy O’Toole, yang lebih dikenali sebagai PoppyCooks telah berkongsikan video di akaunnya dengan mendakwa bahawa teknik menyatakan bawang ini bakal ‘mengubah kehidupan anda’.

Tambahnya: “Ini adalah salah satu teknik pertama yang anda akan pelajari untuk menjadi chef.”

Pertama sekali, anda perlu memotong bahagian atas bawang dan mengupas kulitnya.

Poppy menyarankan agar memotong bawang tersebut secara mendatar terlebih dahulu bagi memastikan potongan menjadi lurus.

Kekalkan akar bawang itu semasa memotong bahagian lain.

Kemudiannya potong bawang itu sebanyak enam kali secara menegak dan pastikan jangan potong bahagian akarnya sebelum mula mencincang.

Gunakan buku jari anda sebagai pelindung semasa anda memotong hingga ke akarnya. Menurut Mirror, kaedah itu hanya memerlukan masa kurang dari 20 saat.

Chef yang mendapat latihan di restoran berbintang Michelin yang terletak di Birmingham itu mempunyai 1.3 juta pengikut dan sebuah buku yang bakal diterbitkan selepas menjadi bintang di TikTok.

Video beliau yang menerangkan berkenaan cara memotong bawang dengan betul itu telah ditonton lebih daripada 3 juta kali.

@poppycooks

Reply to @kelliepooler THIS WILL CHANGE YOUR LIFE! How to cut your onions like a pro 🧅🔪 #onions #knifeskills #masterclass #howto

♬ Put Your Head on My Shoulder – Paul Albert Anka

Ribuan warganet yang mengisi ruangan komen pada video tersebut mengakui bahawa mereka telah memotong bawang dengan cara yang salah selama ini selepas menonton video tersebut.

“Selama ni saya buang akarnya terlebih dahulu, sekarang barulah saya faham kenapa kena buang akarnya akhir sekali. Tak sabar nak cuba,” tulis seorang warganet.

“Beritahu saya mengapa mata saya berair ketika menonton video ini,” gurau seorang warganet.

Seorang lagi warganet mendakwa bahawa dia telah memotong bawang dengan cara yang salah selama ini.

“Saya telah melakukan dengan cara yang salah selama ini. Kaedah ini lebih masuk akal – saya mahu masak sup bawang sekarang.”

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right