Siakap Keli

Sempat Bergurau Pijak Kaki Sebelum Masuk Mahkamah, Suami Isteri Ini Tak Jadi Bercerai Kerana Cinta Bertaut Semula

Apabila mendirikan rumah tangga, pelbagai ujian yang datang melanda sehingga membuatkan kebanyakan pasangan suami isteri mengambil keputusan untuk berpisah walaupun masih mempunyai perasaan cinta dan sayang.

Namun, jodoh dan pertemuan adalah rahsia Tuhan, walau segetir manapun ujian yang perlu dihadapi, segalanya akan kembali pulih mengikut kehendakNYA.

Seperti yang dilalui oleh pasangan suami isteri dari seberang ini yang membuat keputusan untuk meneruskan hubungan mereka walaupun sudah ‘selangkah’ lagi ke arah perceraian.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, wanita yang dikenali sebagai Ruby berkongsikan detik-detik ketika dia dan suaminya sedang menunggu untuk memasuki mahkamah.

Ketika itulah, mereka mula memikirkan kembali mengenai keputusan yang telah dilakukan. Tanpa ada sebarang sengketa, mereka dilihat memberikan kata-kata semangat dan turut berpegangan tangan.

Berat hati untuk berpisah, kedua-duanya membuat keputusan untuk tidak bercerai dan terus melayari bahtera perkahwinan yang telah dibina selama ini.

“Allah masih baik terhadap aku dan kamu. Banyak pengajaran dan hikmah yang boleh kita ambil daripada kejadian ini, semoga Allah sentiasa menjaga hubungan kita,” katanya.

@_raaaaa18_

♬ nothing gonna changes my love for you – sadvibes🥀

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 4 juta tontonan di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar hubungan mereka akan bahagia dan berkekalan.

 

Sumber: _ruby18_

Sofea

There's always another side to every story