Siakap Keli
Kredit: rendra_novardi

(Video)”Ya Masih Bersih Lah,” Isteri Nak Basuh Baju Kotor, Suami Kata Baru Pakai Sekali

Kalau nak cakap mengenai pakaian antara lelaki dan wanita, pasti terdapat pelbagai perbezaan tidak kiralah dari segi minat, ragam, corak, dan banyak lagi. Tidak dinafikan, setiap orang mempunyai ragam yang tersendiri untuk memiliki atau memakai pakaian yang dirasakan yang sesuai dengannya.

Selain itu, ada juga sesetengah orang yang mempunyai ragam untuk memakai pakaian yang sama dalam hari yang berbeza. Alasan yang sering diutarakan adalah baju tersebut hanya baru pakai sekali, jadi ianya tidaklah kotor dan boleh dipakai lagi.

Situasi ini sering menjadi ‘dilema’ bagi seorang isteri setiap kali hendak membasuh baju kotor termasuklah milik suaminya. Keadaan ini sememangnya sangat sesuai dengan satu video yang dimuat naik oleh rendra_novardi menerusi akaun TikTok miliknya.

Dalam video tersebut, dia mengatakan bahawa ingin membasuh baju kotor suami, namun suaminya mengatakan jangan kerana baju tersebut baru saja dipakai sekali.

Mungkin geram, si isteri menunjukkan koleksi baju suami yang dipakai sekali, namun bukan sehelai tetapi sehingga empat ke lima helai yang digantung di belakang pintu.

@rendra_noviardi

Baru sekali pakai ya masih bersih lah😌😌

♬ suara asli – Rendra_Noviardi – Rendra_Noviardi

Rakaman tersebut telah menarik perhatian ramai orang sehingga meraih 1.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis. Malah, ada yang bersetuju bahawa pasangan mereka juga turut mengamalkan ‘prinsip’ tersebut.

Sumber: rendra_novardi

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.