Siakap Keli

Orang Ramai Boleh Buat Aduan Di MySejahtera Jika Ada Individu Atau Premis Langgar SOP

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman sosial rasmi memaklumkan, MySejahtera akan melancarkan butang ‘Aduan’ untuk laporan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) di aplikasi tersebut.

Orang ramai boleh membuat aduan pelanggaran SOP oleh individu atau premis kepada pihak berkuasa menerusi aplikasi MySejahtera. Butang ‘Aduan’ akan diaktifkan membolehkan orang ramai menggunakan kemudahan itu.

Aduan yang boleh dibuat pengguna melalui butang ‘Aduan’ termasuk:

  • Pelanggaran SOP untuk individu (tidak memakai topeng muka atau mematuhi jarak fizikal)
  • Pelanggaran oleh pengendali premis (kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan)
  • Pelanggaran perintah kuarantin
  •  Isu-isu lain

Menerusi kemudahan baharu ini, pengadu juga boleh memuatnaik gambar sebagai bukti aduan pelanggaran SOP. Butang ‘Aduan’ ini dijangka akan dilancarkan di aplikasi MySejahtera dalam waktu terdekat.

Sumber: KKM

Eyla Azri