PLUS Berhad melalui laman sosial rasmi hari ini memaklumkan, aktiviti dine-in di premis makanan hanya dibenarkan untuk pelanggan yang telah lengkap vaksin sahaja. Hanya beberapa lokasi pusat Rehat dan Rawat (R&R) terpilih dibuka untuk aktiviti ini.
Pusat R&R terpilih yang dibuka untuk aktiviti dine-in termasuk:
- Hentian Sebelah Simpang Pulai (S)
- R&R Tapah (U&S)
- R&R Ulu Bernam (S)
- R&R Rawang (U)
- OBR Sungai Buloh
- Hentian Sebelah Sungai Buloh (S)
- R&R Dengkil (U&S)
- R&R Mambau (Timur & Barat)
- OBR Ayer Keroh
- R&R Ayer Keroh (U&S)
- R&R Seremban (U&S)
- Hentian Sebelah Serdang (U)
- Hentian Sebelah Nilai (U&S)
- R&R Pagoh (S)
- R&R Pagoh (U)
- R&R Machap (U&S)
- Hentian Sebelah Simpang Pulai (U)
- Hentian Sebelah Serdang (S)
Manakala lokasi R&R yang bakal dibuka untuk aktiviti dine-in ialah:
- R&R Gurun (U&S) bermula 5 Oktober 2021
Selain daripada lokasi tersenarai, makanan dan minuman bungkus sahaja dibenarkan. Gerai makanan dan minuman dan kedai serbaneka di R&R dan Hentian Sebelah Lebuhraya PLUS beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam. Untuk membuat pra-pesanan, sila klik pautan ini atau muat turun Aplikasi PLUS di telefon pintar.
Setakat ini, tandas awam di kawasan R&R masih dibuka, begitu juga kemudahan surau dengan membawa peralatan solat sendiri. Gazebo turut dibuka bermula 2 Oktober namun tapak permainan masih ditutup buat masa sekarang. Kemudahan vending machine ada disediakan untuk para pengunjung.
Pengunjung diminta sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal dalam kawasan R&R. Pastikan anda sentiasa mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum masuk ke R&R.
UNTUK MAKLUMAN
Aktiviti dine-in dibenarkan untuk pelanggan yang telah lengkap vaksin di lokasi R&R PLUS terpilih sahaja seperti di dalam visual#KitaJagaKita #SatuPembelianSeribuHarapan#OrderDiSini pic.twitter.com/pG5UJMbX18
— plusline1800880000 (@plustrafik) October 3, 2021
Sumber: PLUS