Siakap Keli
Kredit: Lokman Kamarudin

(Video)”Bini Aku Lek Je,” Isteri Kekal Tenang ‘Drive’ Kereta Walau Meter ‘Temperature’ Dah Tinggi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketika memandu kereta, banyak perkara yang kita kena ambil tahu demi memastikan kenderaan itu selamat dipandu sepanjang perjalanan. Sebagai contoh, angin tayar perlu mencukupi, minyak sentiasa ada dalam tangki dan banyak lagi.

Tapi ada satu lagi bahagian yang mungkin sesetengah orang kita terlepas pandang, iaitu suhu enjin. Ini boleh dilihat pada papan pemuka (dashboard) kereta masing-masing sama ada dalam bentuk analog mahupun digital.

Terdapat dua ukuran , iaitu ‘H’ dan ‘C’. Bagi indikator suhu enjin jenis analog, sekiranya jarum tolok suhu kereta itu sudah mencapai ke ‘H’, itu bermakna enjin kereta berada dalam keadaan panas yang dipercayai maksimum.

Agak bahaya sebenarnya kalau kita sengaja membiarkan kereta dipandu pada suhu panas tersebut. Antara risiko yang biasanya berlaku selalunya enjin akan berasap, selain kereta akan ‘mati’ tiba-tiba.

Bagaimanapun seperti apa yang berlaku dalam video yang dikongsikan Lokman Kamarudin ini memang sungguh ‘merisaukan’. Dalam video ini, isterinya sedang memandu kereta dalam keadaan penuh tenang.

Tapi apabila Lokman menghalakan kamera telefon ke arah papan pemuka, rupa-rupanya jarum tolok suhu sudah menginjak ke ‘H’. Ini bermakna enjin kereta mereka dipercayai sedang terlalu panas.

Dalam perkongsian di TikTok itu, Lokman hanya menulis kapsyen ringkas yang berbunyi, “Bini aku lek jee”. Nak tahu apa yang terjadi? Jom ikuti videonya di bawah ini.

@lokmankamarudin

bini aku lek jee

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Mhd Aizzat

Video tersebut telah ditonton lebih 649,000 kali setakat ini dan turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Walau bagaimanapun, Lokman telah menjelaskan kepada Siakap Keli yang sebenarnya kereta berada di dalam keadaan yang baik, cuma meter temperature saja yang rosak.

Rata-rata mereka turut terhibur dengan gaya ‘selamba’ si isteri yang kekal tenang memandu walaupun enjin kereta mereka berada dalam keadaan bahaya.

Mari ikuti apa kata netizen seperti di bawah ini.

“Alhamdulillah selamat sampai…bengkel” – Lokman

“Bukan bini kau sorang je lek..most of them tak tau apa tu, so diorang akan tenang je! Diorang akan gelabah bila nanti enjin dah berasap atau meletup kang! Percayalah…” – Osman

“Si suamilah yang salah..napa tak check dan hantar repair..kami tahu bawa dan beli susu anak sendiri pun dah syukur rahmat tau hahaha” – Mell

 

Sumber: TikTok Lokman Kamarudin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'