Mesti ramai yang dah tengok atau mungkin pernah dengar pasal drama siri Squid Game. Siri ni dah jadi fenomena bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Boleh dikatakan di semua platform media sosial, drama siri bertema ‘survival‘ ni masih hangat diperkatakan.
Permainan berunsur traditional dari Korea yang diterapkan dalam siri Squid Game ni cukup menarik. Rasa teringin pulak kan nak main permainan-permainan ni.
Kalau korang nak tahu, Squid Game ni bukan sebatas drama je tau, tapi sekarang dah siap ada aplikasi game lagi. Bagi yang dah habis tengok drama Squid Game, boleh la main permainan ni pulak sementara tunggu musim kedua keluar.
Game yang dimaksudkan ni adalah Squid Game Challenge keluaran Supercent Inc. Dalam aplikasi ni, kesemua enam permainan macam drama Squid Game korang boleh main. Korang boleh muat turun game ni di Apps Store atau Google Play Store.
Bagi yang nak tengok dulu macam mana rupa Squid Game Challenge ni, boleh tonton video yang dikongsikan pengguna TikTok @bossadrian_derisogadget di bawah ini.
@bossadrian_derisogadget Game sotong iphone #tiktokmalaysia #foryoupage #gadgetstouse #gadgetlover #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar #iphonetricks #squidgame #game
Sumber: TikTok @bossadrian_derisogadget