Siakap Keli
Gambar: @bende_dah_vire1

(Video) Boleh Putus Saraf Kalau Salah Tarik, Abang Bomba Tunjuk Cara Betul Nak Lepaskan Diri Dari Gigitan Ular Sawa

Ular sawa adalah antara haiwan pemangsa yang amat merbahayakan.

Walaupun ular jenis ini tidak berbisa, namun kekuatan belitan serta giginya yang panjang boleh menyebabkan kecederaan yang teruk.

Satu akaun TikTok bernama @bende_dah_vire1 ada berkongsikan tentang tips yang diberikan oleh abang bomba untuk melepaskan diri dari gigitan ular sawa ini dengan cara betul.

Menurut anggota bomba tersebut, sekiranya digigit oleh ular sawa, jangan sesekali menarik atau pun menyentap mana-mana anggota badan itu daripada gigitan.

Ianya kerana, gigi ular sawa ini panjang. Tindakan itu boleh membuatkan saraf terputus atau menyebabkan luka yang besar.

Jadi, cara yang pertama untuk melepaskan gigitan ular sawa itu adalah dengan meletakkan ibu jari di atas bahagian gusi ular berkenaan dan angkat kepalanya.

Cara tersebut berkesan kerana bahagian atas sebelah gusi itu tidak bersambung dan tidak mempunyai gigi. Disebabkan itulah senang untuk menolak naik kepala ular terbabit.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, tonton video seperti berikut:

@benda_dah_vire1

#foryou #fyp

♬ bunyi asal – benda_dah_vire1 – benda_dah_vire1

Sumber: @bende_dah_vire1

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.