Siakap Keli

Lelaki Beruniform Seperti Tentera Telah Ditahan Polis Susulan Kes Tular Mencabul Kehormatan

Polis telah menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cabul yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk bin Eshak, suspek yang berusia 26 tahun itu telah ditahan di sebuah rumah di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

“Sepasukan polis dari BSJD Ampang Jaya telah tangkap satu(seorang) lelaki tempatan umur 26 tahun di sebuah rumah Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.”

Permohonan reman terhadap suspek telah dibuat dan telah dibenarkan selama empat hari sehingga 10 Oktober 2021.

“Suspek bertugas di cawangan tentera darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur. Telah berkhidmat dengan ATM selama tujuh tahun,” tambahnya.

Jelasnya lagi, “Ujian saringan air kencing terhadap suspek juga telah dibuat dan keputusannya negatif dadah. Turut dirampas kelengkapan uniform yang dipercayai dipakai semasa kejadian.”

Siasatan bagi kes tersebut masih lagi berjalan, ujarnya.

Sumber: Polis Daerah Ampang Jaya

Amira

Love yourself.