Seorang lelaki di Taiwan yang tidur di atas lantai dalam keadaan bogel setelah penat mengemas rumah seharian nyaris maut apabila mendapati buah zakarnya digigit lipan.
Lelaki malang tersebut, Ye menerangkan, pangkal pehanya berasa sangat sakit ketika terjaga dari tidur sebelum menyedari bahawa lipan tersebut telah tenggelam ke skrotumnya.
“Saya terkejut dan pada awalnya saya cuba untuk memukul lipan itu dengan menggunakan buku tapi tak dapat,” katanya, memetik laporan Daily Star.
Ye cuba menarik keluar lipan tersebut dari buah zakarnya, bagaimanapun usahanya itu hanya membuatkan sakitnya menjadi lebih parah.
Akhirnya lelaki itu tekad membunuh terus lipan tersebut dengan cara menggenggam kuat tangannya pada badan serangga berbisa berkenaan hingga hancur.
Meskipun berjaya, namun Ye dapati buah zakarnya itu telah rosak akibat gigitan lipan tersebut hingga terpaksa menerima rawatan di hospital.
Difahamkan, Ye cuba memohon tuntutan perlindungan insurans bagi insiden malang tersebut dan permohonannya dimaklumi.
Kata pegawai insurans, kes gigitan lipan pada buah zakar seperti yang dialami Ye itu agak luar biasa dan jarang berlaku sepanjang 10 tahun pengalamannya dalam bidang berkenaan.
Jelasnya, insiden yang dialami Ye itu memenuhi syarat untuk diklasifikasikan sebagai kes kemalangan, maka lelaki itu berhak menerima pampasan perlindungan.
Sumber: Daily Star