Siakap Keli

Cantik Sangat, Jambatan Dekat Kompleks Pertama, KL Kini Dilimpahi Cahaya Bergemerlapan, Jadi “Port” Selfie Terbaru

Bandar Kuala Lumpur sememangnya cukup terkenal dengan bangunan dan tempat menarik yang menjadi tumpuan ramai.

Terbaru, jambatan berhampiran Kompleks Pertama yang menghubungkan Jalan Raja Laut ke Jalan Kuching kini dihiasi dengan pencahayaan. Kelihatan lebih menawan berbanding dulu, jambatan itu dijangka akan menjadi daya tarikan baharu di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), keunikan di jambatan ini juga diserikan lagi dengan lukisan mural berkonsepkan kelestarian bandar.

Berikut merupakan gambar-gambar pemandangan di kawasan jambatan itu yang dikongsikan oleh DBKL.

Rata-rata netizen memberikan reaksi yang positif terhadap transformasi di kawasan itu dan memuji usaha DBKL dalam menarik kunjungan orang ramai.

 

 

Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.