Siakap Keli
Gambar Via Abu Dhabi Goverment Media Office

Bangunan Di Abu Dhabi, UAE Dilimpahi Cahaya Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan Ke-64

Tarikh keramat 31 Ogos yang lalu menandakan bahawa sudah 64 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara, kemerdekaan pada tahun ini pastinya disambut dalam keadaan norma baharu.

Tiada lagi sambutan ambang merdeka dan himpunan atau perarakan secara besar-besaran.

Namun, ia bukan alasan untuk kita tidak menyemai rasa cinta pada negara dan menghayati setiap pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan.

Bendera juga perlulah terus dikibarkan kerana ia salah satu simbol kedaulatan negara.

Menariknya, Jalur Gemilang itu juga telah menghiasi bangunan-bangunan ikonik di Abu Dhabi, UAE, semalam.

Menerusi perkongsian Abu Dhabi Government Media Office di Facebook dan Twitter, bangunan itu dinyalakan dengan warna  bendera Malaysia sebagai tanda sambutan Hari Kemerdekaan di negara kita.

Tular di media sosial, ia mendapat perhatian rakyat Malaysia yang merasa bangga melihat warna bendera itu serta meluahkan penghargaan buat kerajaan UAE.

Sumber: Abu Dhabi Government Media Office

Sofea

There's always another side to every story