Siakap Keli
Gambar Via Mirror

Timbulkan Panik, Demam ‘Misteri’ Landa Beberapa Kawasan Di India, Sekurang-kurangnya 24 Kanak-kanak Dilapor Maut

Seramai 24 orang kanak-kanak di India dilaporkan telah meninggal dunia secara tiba-tiba setelah dijangkiti demam misteri.

Menurut Mirror, pegawai kesihatan juga buntu untuk menjelaskan mengenai  demam misteri itu dan telah menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar.

Difahamkan, mereka yang menghidap demam itu akan mengalamii sakit sendi, sakit kepala, dehidrasi dan loya.

Tiga kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan bayi berusia sembilan hari meninggal dunia pada Jumaat, menjadikan jumlah kematian akibat demam adalah 24 orang. Beberapa orang pesakit juga didakwa tidak sempat sampai ke hospital kerana banjir.

Seorang pegawai kesihatan mengatakan bahawa sampel telah dikumpulkan untuk mengenalpasti punca di sebalik demam misteri itu.

Dalam pada itu, salah seorang ibu bapa memberitahu media tempatan bahawa anak perempuan mereka meninggal dunia setelah dibawa ke hospital kerana mengadu demam.

“Anak perempuan saya mengadu demam pada petang Khamis. Kami membawanya ke Kolej Perubatan Nalhad untuk mendapatkan rawatan tetapi dia tidak dapat diselamatkan,” kata mereka.

Kematian itu menimbulkan rasa panik dalam kalangan doktor dan ibu bapa. Doktor di daerah yang terlibat iaitu di Agra, Mathura, Mainpuri, Etah, Kasganj dan Firozabad percaya bahawa demam itu adalah demam denggi. Namun, siasatan masih lagi dijalankan.

Sumber: Mirror, India Today, News 18

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.