Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

KJ & Hishammuddin Bagi Bayangan Sidang Khas PM Petang Ini Tentang Kebenaran Rentas Negeri?

Ciapan ringkas bertulis ‘#ReopeningSafely’ oleh dua menteri di laman Twitter hari ini menimbulkan pelbagai persoalan dan teka-teki oleh kalangan netizen.

Kenyataan pendek yang ditulis oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu merujuk kepada pengumuman khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 petang ini.

Bagaimanapun ciapan oleh kedua-dua menteri berkenaan dipercayai telah menambahkan lagi desas-desus mengenai kebenaran rentas negeri yang telah sekian lama dinantikan oleh rakyat.

Dalam masa sama, statistik peratusan kadar vaksinasi populasi dewasa seperti yang dilaporkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menunjukkan peningkatan yang dari hari ke hari.

Terkini, peratusan setakat 9 Oktober semalam, seramai 21,003,074 individu dewasa atau 89.7 peratus telah lengkap divaksinasi, selain 22,176,018 individu atau 94.7 peratus lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos setakat ini.

Imbas kembali laporan terdahulu, Ismail Sabri ada memaklumkan bahawa pengumuman kebenaran merentas negeri akan diumumkan secara serentak dalam masa terdekat.

Adakah ciapan ‘ReopeningSafely’ yang ditulis Khairy dan Hishammuddin ini memberi bayangan tentang rentas negeri? Sama-sama kita saksikan siaran langsung sidang media khas Perdana Menteri 3 petang ini.

Sumber: Twitter Khairy / Twitter Hishammuddin / Twitter JKJAV

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'