Siakap Keli
Sumber: news directory

Bongkar Watak ‘Frontman’, Pengarah Squid Game Dedah Perancangan Beliau Untuk Musim Kedua

Pengarah siri netflix ‘Squid Game’, iaitu Hwang Dong Hyuk telah berkongsi tentang rancangannya untuk musim kedua siri itu. Squid Game musim pertama menjadi fenomena seluruh dunia dan menjadi siri Tv paling banyak ditonton di Netflix

Menurutnya dalam wawancara bersama CNN, beliau membiarkan beberapa perkara yang boleh dibincangkan pada musim kedua sekiranya ia akan berlaku.

Beliau juga berkata, dia ingin membongkar watak frontman yang dimainkan oleh Lee Byung Hun, kisah Joonho yang dimainkan oleh Wi Ha Joon serta watak lelaki yang membawa ddakjis di dalam beg bimbit, yang dimainkan oleh Gong Yoo.

Walau bagaimanapun, masih ada kebimbangan mengenai musim kedua ini. Hwang Dong Hyuk juga mendedahkan bahawa beliau kehilangan enam gigi akibat tekanan yang luar biasa.

“Tidak ada yang dapat dipastikan pada masa ini. Saya memikirkannya kerana begitu ramai orang yang bercakap tentang musim kedua ini” katanya.

 

Sumber: allkpop

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.