Siakap Keli
Gambar: Tribun Solo

Pengantin Pakai Perhiasan Emas 60kg ‘Pemberian’ Suami Ketika Hari Perkahwinan, Para Tetamu Rasa Kasihan

Bukan kagum, malah orang ramai meluahkan rasa kasihan melihat seorang pengantin perempuan yang perlu memakai perhiasan emas dipercayai seberat 60 kilogram semasa hari pernikahannya.

Lapor Tribun Solo, pengantin dari Hubei itu telah menarik perhatian ramai ketika melangsungkan majlisnya pada 30 September lalu.

Menurut portal itu, wanita tersebut menghadapi kesukaran untuk bergerak disebabkan perhiasan emasnya yang berat berkenaan.

Sambil memakai gaun putih dan memegang jambangan bunga, wanita itu dikatakan sukar untuk bergerak dan memerlukan bantuan suaminya untuk berjalan. Wanita itu juga perlu memakai perhiasan yang merupakan mahar daripada pihak lelaki berupa 60 kalung emas dengan anggaran berat satu kilogram setiap satu.

Bukan itu sahaja, dia juga perlu memakai dua gelang emas di tangannya yang merupakan hadiah daripada keluarga mempelai lelaki kepadanya.

Menurut kepercayaan setempat, emas merupakan simbol keberuntungan, gambaran status serta boleh mengusir roh jahat atau nasib malang.

Sumber: Tribun Solo

Amira

Love yourself.