Siakap Keli
Gambar: Bernama

(Video) Bila Kenduri Kahwin & Konsert Boleh Diadakan? Ini Jawapan Daripada KJ

Aktiviti sosial besar-besaran seperti konsert, kenduri kahwin dan seumpamanya mungkin merupakan sektor sosial yang terakhir dibuka kelak.

Demikian maklum balas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai pembukaan semula sektor-sektor sosial semasa situasi COVID-19 negara kini.

“Ini mungkin sektor sosial yang terakhir..besar-besaran termasuklah kenduri kahwin, konsert dan sebagainya. Bukan saya kata tidak akan berlaku..ia akan berlaku.

“Tetapi hashtag kita #ReopeningSafely, kita buka sektor ekonomi kita dengan selamat dan dengan cermat,” katanya ketika dalam wawancara eksklusif bersama AWANI semalam.

Dalam pada itu, Khairy turut meluahkan rasa bimbangnya berikutan rakyat sudah dibenarkan untuk bebas merentas negeri bermula hari ini.

“Besok (hari ini) pun saya dah risau ni. Besok pun saya dah risau ni. Lebih-lebih lagi kalau nak suruh saya buka kenduri kahwin besar-besaran, konsert dan sebagainya.

I think, guys..let take it slowly la. One step at the time..” tambahnya lagi.

Semalam, secara rasminya diumumkan kebenaran untuk bebas merentas negeri bermula 11 Oktober hari ini, dengan syarat sudah lengkap divaksinasi.

Kebenaran tersebut diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media khas secara langsung semalam.

Sumber: AWANI

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'