Kalau sebut Squid Game mesti ramai dah tahu kan? Siri ‘survival’ daripada Korea ini telah menarik perhatian orang ramai sejak mula ditayang pada 17 September lalu. Squid Game ini juga menjadi pilihan kebanyakan pengguna aplikasi Netflix untuk menonton siri ini.
Bahkan siri ini juga antara tayangan yang menjadi Top 10 di Netflix. Siri ini menampilkan beberapa permainan yang berkisarkan permainan tradisional yang terdapat di Korea. Apa yang menarik lagi, dalam siri ini bukan sahaja memaparkan konsep permainan sahaja malah memaparkan semangat kerja berpasukan dan pengorbanan masing-masing.
Begitulah dengan watak Ji Yeong atau lebih dikenali kawan Kang Sae byeok. Watak Ji Yeong ini popular kerana pengorbanannya semasa permainan guli di mana Ji Yeong telah mengorbankan dirinya untuk kalah bagi membolehkan kawan baharunya itu meneruskan permainan.


Di dalam Squid Game, watak Ji Yeong ini hanya memakai tracksuit berwarna hijau dan merupakan permain bernombor 240.
Disebabkan itu, peminat Ji Yeong atau nama sebenarnya Lee Yoo Mi terkejut apabila melihat penampilan baru Lee Yoo Mi semasa beliau menghadiri Busan International Festival Film. Pada 9 Oktober, pelakon itu telah memuatnaik gambarnya di laman Instagram peribadi miliknya dengan bergaun hitam.
Peminatnya begitu terpegun melihat kecantikan visualnya yang cantik dan sangat berbeza dengan penampilannya semasa di dalam filem Squid Game. Peminat menyatakan kulit wajahnya yang cantik seperti anak patung.
Sumber: Allkpop