Siakap Keli

Tutup Suis Penapis Air Jika Bekalan Air Terputus, Boleh Jadi Punca Kebakaran – BOMBA

Baru-baru ini, Air Selangor telah mengeluarkan notis gangguan air berjadual di 998 kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tempoh gangguan bekalan air berjadual di kawasan terlibat bermula jam 9 pagi esok dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 16 Oktober 2021.

Menurut Air Selangor, gangguan ini disebabkan oleh pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1). Penduduk di kawasan terlibat diminta untuk menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan.

Pada masa yang sama, penduduk setempat juga perlu memastikan bekalan elektrik pada mesin penapis air ditutup bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku di rumah.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, pemanas air yang dibiarkan berfungsi tanpa bekalan air akan menyebabkan overheating dan boleh mengakibatkan kebakaran.

Sumber: Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju KL

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.