Siakap Keli
Gambar: Bernama

Gangguan Bekalan Air Berjadual Bermula 13 Oktober, Ini Senarai 998 Kawasan Terjejas Di Selangor & KL

998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor dilaporkan bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula daripada 13 Oktober 2021 jam 9 pagi sehingga 16 Oktober 2021 jam 9 malam.

Menurut perkongsian Air Selangor di laman Twitter rasminya, gangguan bekalan air berjadual tersebut terpaksa dilakukan untuk memberi laluan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Berikut adalah senarai 998 kawasan-kawasan yang terjejas:

Sumber: @air_selangor

Aqmal Ezany

I write what is right