Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gangguan Bekalan Elektrik Di Pantai Timur Sabah, PM Anwar Gesa Kerja Pemulihan Dipercepat

Gangguan Bekalan Elektrik
Kredit: Bernama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Sabah Electricity supaya mempercepatkan kerja pemulihan susulan gangguan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah.

Beliau berharap agar bekalan elektrik dapat dipulihkan lebih awal daripada jadual.

Menurutnya, gangguan tersebut menimbulkan kesulitan dalam urusan harian penduduk, terutama bagi anak-anak yang sedang membuat persiapan untuk menduduki SPM.

“Dukacita dengan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan sehingga lapan daerah di Pantai Timur Sabah susulan runtuhnya sebuah menara penghantaran elektrik di Ranau.

“Gangguan ini menimbulkan kesulitan dalam urusan harian penduduk, terutama bagi anak-anak yang sedang membuat persiapan untuk menduduki SPM.

“Sabah Electricity perlu mempercepat kerja pemulihan agar bekalan dapat dipulihkan lebih awal daripada jadual.

“Sediakan bekalan elektrik sementara dengan mengutamakan sekolah, pusat peperiksaan dan kemudahan awam kritikal.

“Bencana mungkin sukar dielakkan, tetapi kepantasan kita bertindak menentukan berapa lama rakyat terpaksa menanggung kesannya. Setiap jam sangat bermakna buat mereka,” katanya.

Terdahulu, menara penghantaran elektrik T313 di Ranau dilaporkan tumbang pada Khamis.

Ia menyebabkan penduduk di sekitar Pantai Timur Sabah terpaksa berdepan dengan gangguan bekalan elektrik.

Intipati
  • Anwar Ibrahim menggesa Sabah Electricity mempercepat pemulihan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah.
  • Gangguan itu menjejaskan sehingga lapan daerah selepas menara penghantaran elektrik tumbang di Ranau.
  • Beliau meminta bekalan sementara diutamakan untuk sekolah, pusat peperiksaan dan kemudahan awam kritikal.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan