Hari pertama persekolahan anak-anak sudah pasti menjadi saat yang ditunggu-tunggu para ibu bapa. Sebagai ibu bapa, mesti kita pun sama teruja dengan anak yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
Tapi dalam keterujaan ni, ada perkara yang ibu bapa perlu titikberatkan sebelum mendaftarkan anak yang bakal bersekolah. Kalau korang ada anak yang lahir pada tanggal 1 Januari, benda ni korang wajib tahu.
Bagi anak-anak yang lahir pada 1 Januari, anak-anak ini terikat pada sistem kohort dimana mereka kena masuk sekolah setahun awal dari kanak-kanak yang lahir pada tahun yang sama dengan mereka. Contohnya, kalau anak umur enam tahun pada 2022, tapi dia lahir pada tanggal 1 Januari, anak ni dah kena daftar masuk darjah satu, bukan prasekolah lagi dah.
Manakala bagi anak-anak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari, mereka pun boleh mohon untuk ‘lompat’ kelas setahun awal. Tapi anak-anak yang lahir pada tanggal ni istimewa sikit sebab mereka boleh pilih nak ‘lompat’ atau nak masuk sekolah macam kanak-kanak seumur mereka.
Sistem ini rupanya dah diwujudkan sejak tahun 1998 lagi dan masih digunapakai dalam sistem pendidikan di Malaysia. Malah penerangan lebih lanjut tentang sistem ni juga masih boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tak dinafikan, masih ramai ibu bapa yang tak tahu pasal sistem kohort ni. Tapi tak boleh salahkan ibu bapa sepenuhnya sebab guru-guru pun ada lagi yang tak tahu tentang sistem ni walaupun dah diwujudkan sejak 23 tahun lalu.
Perkara yang sama turut dialami pengguna TikTok yang dikenali sebagai Azrul Affandi Sobry ni. Lagi haru, anak abang ni dah masuk darjah enam, nak daftar UPSR baru cikgu perasan dia lahir pada 1 Januari. Maka dengan serta-merta anaknya diarahkan ‘naik’ ke tingkatan satu. Nak lagi senang faham tentang sistem kohort ni, tonton video yang dikongsikan di bawah.
@penceritatv Naya lahir 1 Januari #pencerita #morethan60s #tiktokguru #kohort
♬ original sound – Azrul Affandi Sobry – Azrul Affandi Sobry
“Baru first time dengar..”
Menjengah ke ruangan komen, warga net yang senasib dengan anak abang ni turut berkongsi pengalaman ‘lompat kelas’ mereka. Rupanya ramai lagi yang tak tahu pasal sistem kohort ni.
Sumber: KPM, TikTok Azrul Affandi Sobry