Siakap Keli
Gambar: @syazamohd_

(Video) Rupanya Laptop Pun Ada Emoji, Ini Cara Nak ‘Munculkan’ Emoji Pada Laptop, Tekan 2 ‘Button’ Ni Je

Selain teks, emoji juga merupakan salah satu bentuk komunikasi yang selalu kita guna sehari-hari. Baik semasa berbalas mesej atau menulis hantaran, emoji sering digunakan untuk menggambarkan emosi dengan lebih jelas.

Bagi yang menggunakan aplikasi media sosial di telefon pintar, mungkin tiada masalah untuk pilih emoji yang nak digunakan. Aplikasi di telefon pintar pada umumnya dah tersedia dengan paparan emoji. Tapi macam mana pulak kalau guna komputer?

Ha kalau korang nak tahu, di laptop dan desktop pun ada ciri emoji ni tau. Fungsi emoji pada komputer ni lebih praktikal sebab korang boleh guna di mana-mana aplikasi atau laman web yang korang suka.

Cara nak ‘keluarkan’ emoji ni pun senang je. Korang hanya perlu tekan dua butang ni je pada keyboard korang dan dah boleh guna emoji macam biasa. Nak tahu lebih lanjut, tonton video yang dikongsikan pengguna TikTok @syazamohd_ di bawah ni.

@syazamohd_

Betul-betul menjadilah🤣👍hahaha, Selamat Mencuba😉

♬ wuuuuuu – syaza mohd😊

“Dah nak pencen baru tahu..”

Menjengah ke ruangan komen, rupanya ramai yang tak tahu kat komputer pun ada fungsi emoji ni. Ada juga warga net yang dah cuba cara ni dan terbukti menjadi.

Admin dah try, memang jadi la! Cuba korang buat kat komputer korang pulak, tengok jadi ke tak.

Sumber: TikTok @syazamohd_

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.