Siakap Keli
Kredit: Caters News Agency

Masing-masing Tak Nak Kalah, Pertarungan ‘Kejam’ Anaconda & Aligator Hingga 40 Minit Untuk Bertahan Hidup

Baru-baru ini berlaku sebuah pertarungan epik antara dua jenis reptilia paling ‘berkuasa’ di air tawar, iaitu seekor ular anaconda dan seekor aligator caiman.

Pertarungan dua reptilia ganas yang berlaku di tebing Sungai Cuaiba, Brazil itu berlaku selama kira-kira 40 minit, kata jurugambar hidupan liar yang merakamnya, Kim Sullivan.

Kim yang berasal dari Indiana, US berkata, kedua-dua reptilia berkenaan saling bergelut untuk mempertahankan diri masing-masing dan mahu menang.

Jelasnya, anaconda itu menyerang lawannya yang lebih besar dengan cara membelit badan caiman tersebut dengan kuat, termasuk di bahagian kepala dan kaki.

Dalam masa sama, aligator caiman itu pula cuba berusaha untuk meloloskan diri daripada belitan anaconda tersebut beberapa kali kerana merasakan serangan lawannya yang lebih kecil itu bertambah kuat.

Kredit: Caters News Agency/Daily Mail
Kredit: Caters News Agency/Daily Mail

Menurut Kim, caiman itu cuba menggigit anaconda berkenaan dengan menggunakan giginya sebagai tindak balas serangan sebelum masuk ke dalam air.

“Caiman itu berada di bawah air. Saya melihat anaconda itu terkial-kial memuncungkan hidungnya ke permukaan air untuk bernafas. Caiman masih berusaha meloloskan dirinya dan kedua-duanya turun ke dalam air dalam tempoh yang lama.

“Kemudian, ia naik semula ke permukaan air dengan bebas tanpa kelibat anaconda itu lagi. Caiman tersebut kembali ke tebing, manakala tidak lama selepas itu barulah anaconda tadi muncul semula dan kembali ke lubangnya,” katanya.

Jelas Kim, anaconda dan caiman itu seakan mengalah dan tidak mahu meneruskan serangan. Pertarungan epik selama 40 minit itu hanya berakhir dengan keputusan seri daripada kedua-dua pihak.

Kredit: Caters News Agency/Daily Mail
Kredit: Caters News Agency/Daily Mail
Kredit: Caters News Agency/Daily Mail

Sumber: Daily Mail

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'