Siakap Keli

(Video) Macam Beras, Rupanya Ini Cara Nyamuk Bertelur Yang Mungkin Ramai Tak Pernah Tengok

Sebut sahaja pasal nyamuk, mesti dah boleh bayang rasa menjengkelkan apabila serangga itu mula menggigit sehingga menyebabkan gatal-gatal dan membuatkan kita tak selesa. Lebih teruk, nyamuk sangat gemar membiak  semasa musim hujan dan akan mencari tempat yang strategik untuk tujuan itu terutamanya nyamuk aedes. Sekali datang bukan seekor, tapi mungkin berpuluh-puluh.

Pun begitu, pernah tak korang tertanya-tanya mengenai telur nyamuk?  Mungkin selama ini kita telah melihat jentik-jentik yang kebiasaannya ditemui di dalam air yang bertakung tetapi macam mana serangga itu bertelur dan bentuk telurnya?

Menurut portal Dekoruma, nyamuk betina hanya ‘berkahwin’ sekali seumur hidupnya dan telur yang dihasilkan dalam ‘perkahwinan’ itu akan dimasukkan ke dalam air. Tanpa air, telur nyamuk dikatakan akan menjadi rosak dan tidak akan menetas.

Seekor nyamuk boleh mengeluarkan 300 telur sekaligus dan ia tidak memerlukan tempoh waktu yang lama untuk menetas, hanya memerlukan satu atau dua hari saja. Ukuran telur nyamuk ialah kurang dari satu milimeter sehingga tidak mudah untuk dilihat atau dikesan oleh manusia. Patutlah selama ini susah nak tengok macam mana rupa telurnya.

Namun jangan risau, perkongsian video yang dimuatnaik oleh Seeker di TikTok ini memaparkan dengan jelas bagaimana keadaan telur tersebut.

Menerusi video itu, dapat dilihat seekor nyamuk bertelur dengan jumlah yang agak banyak dan disusun dengan sangat teratur. Telurnya yang berwarna putih dan panjang membuatkan ramai netizen yang mengatakan bahawa ia kelihatan seperti nasi.

Keadaan nyamuk yang bertelur dan tidak melihat ke belakang juga membuatkan mereka kagum.

Nak tahu macam mana rupanya? Jom tengok video di bawah ini.

@seeker

Watch this mosquito lay eggs 👀🥚 🎥: Richard Albrecht. Courtesy of Nikon Small World. #MosquitoEggs

♬ Maple Leaf Rag Barroom – PromoBox

Sejak dimuatnaik semalam, video itu telah ditonton sebanyak 1 juta kali.

Sumber: Seeker

Sofea

There's always another side to every story