Siakap Keli
Gambar: CFP via Global Times

Elak Penyakit Bawaan Menular, China Guna Teknologi Nuklear Untuk Hapus Nyamuk

Sekumpulan saintis dari China kini sedang melakukan kajian bioteknologi untuk menghapuskan penyakit tertular akibat sesetengah spesis nyamuk menggunakan teknologi nuklear.

Ketua penyelidikan tersebut berkata, buat masa ini hanya itu cara yang punya potensi besar. Teknologi nuklear ini mampu menghapuskan spesis nyamuk tertentu di sesuatu kawasan untuk mengekang wabak penyakit bawaan nyamuk.

Teknik anti-nyamuk ini menggunakan radiasi nuklear terhadap nyamuk jantan untuk melumpuhkan sistem pembiakan nyamuk tersebut. Apabila nyamuk ini dilepaskan, persenyawaan yang berlaku dengan nyamuk betina tidak akan menghasilkan telur.

Kaedah ini memberi efek berpanjangan kepada nyamuk jantan yang sudah disteril, tapi tidak berdampak buruk terhadap alam sekitar.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), diperkirakan 700 ribu orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit bawaan nyamuk.

Penemuan ini dilihat mampu mengawal penyakit yang tersebar akibat nyamuk di negara-negara membangun dan sekaligus menyelesaikan masalah penyakit bawaan ini.

Sumber: Global Times

Eyla Azri