Siakap Keli
Gambar: Onmanorama

Bapa Durjana, Rogol Anak Perempuan Sejak Kecil & Paksa Anak Lelaki Cabul Ibu Sendiri

Seorang bapa di Singapura telah dijatuhi hukuman penjara selama 29 tahun dan 24 sebatan atas tuduhan memperkosa anak perempuannya serta memaksa anak lelakinya mencabuli ibunya sendiri.

Keputusan tersebut telah dijatuhkan oleh pihak mahkamah pada 4 Oktober 2021 yang lalu selepas mendapati tertuduh bersalah atas kesemua tuduhan.

Si bapa yang kini berusia 41 tahun itu dilaporkan telah banyak kali melakukan tindakan berunsur seksual terhadap anak perempuannya selama enam tahun yang terakhir sejak mangsa berusia sembilan tahun lagi.

Pihak pendakwa raya menyatakan bahawa kes sebegini belum pernah terjadi dan ianya kes yang melibatkan ikatan kekeluargaan yang betul-betul sesat.

Tertuduh dilaporkan mengaku bersalah atas ketiga-tiga dakwaan yang dikenakan ke atasnya iaitu tuduhan serangan seksual, tuduhan memperkosa anak perempuannya serta satu lagi tuduhan memaksa anak lelakinya melakukan hubungan seksual terhadap ibunya sendiri.

Tertuduh yang tidak dapat didedahkan identitinya itu bagi melindungi identiti isteri serta anak-anaknya itu bekerja sebagai seorang juruteknik.

Timbalan Pendakwa Raya, Victoria Ting dan Kevin Ho berkata: “Sukar untuk membayangkan siri aksi serangan seksual yang tidak wajar atau menjijikkan ini.”

Mahkamah mendengar bahawa semasa cuti sekolah akhir tahun pada 2015 yang lalu, ketika kanak-kanak perempuan itu berusia 11 tahun, tertuduh telah dilaporkan masuk ke bilik anak perempuannya dan menyuruhnya untuk mencucikan kemaluannya.

Mereka berdua difahamkan berduaan di flat mereka yang terletak di Sembawang pada ketika itu.

Anak perempuannya itu boleh agak apa yang akan terjadi kerana bapanya sering melakukan perbuatan seksual terhadapnya sejak dia berusia sembilan tahun lagi.

Mangsa dilaporkan terpaksa menurut nafsu serakah bapanya itu kerana takut.

Ketika mangsa kembali ke biliknya, tertuduh didakwa melakukan serangan seksual kepadanya.

Dua tahun kemudian, pada sekitar bulan September 2017 ketika mangsa berusia 13 tahun, tertuduh telah memasuki biliknya dan menyuruhnya untuk mandi.

Pada ketika itu, tertuduh dilaporkan sedang minum minuman beralkohol di flatnya itu.

Tertuduh didakwa menyerang mangsa secara seksual sekali lagi dan kemudiannya memperkosanya tanpa memakai perlindungan. Tidak hanya itu, tertuduh juga mengarahkan mangsa supaya menahan rasa sakit ketika mereka melakukan persetubuhan itu.

Mangsa dilaporkan sempat menceritakan kepada abangnya tentang apa yang dilakukan oleh tertuduh ke atas dirinya.

Akibat takut dipukuli serta takut nama keluarga terjejas, abangnya itu memilih untuk mendiamkan diri sahaja daripada beritahu orang lain tentang perbuatan bapanya itu terhadap adik perempuannya.

Mangsa juga memilih untuk tidak memberitahu ibunya berkenaan perkara itu kerana takut ibu bapanya akan bertengkar, yang mungkin akan berakhir dengan ibunya itu juga turut dipukul.

Pada tahun 2018, tertuduh difahamkan sedang minum minuman beralkohol bersama dengan isterinya di bilik tidur mereka. Si isteri mabuk dan tertidur pada ketika itu.

Tertuduh kemudiannya memberitahu kepada anak lelakinya yang berusia sekitar 15 atau 16 tahun pada ketika itu untuk mengikutinya masuk ke bilik tidurnya.

Ketika anak lelakinya itu masuk, dia terlihat bahawa ibunya sedang tertidur dan berbaring setengah bogel.

Tertuduh kemudiannya dilaporkan telah menyuruh anak lelakinya untuk melakukan hubungan seks bersama dengan ibu kandungnya sendiri namun dia menolak untuk melakukan perbuatan sedemikian.

Kerana takut dipukul oleh ayahnya itu, dia akhirnya terpaksa menurut perintah ayahnya setelah ditengking dan dimarahi.

Mangsa dilaporkan memejamkan matanya dan berusaha untuk menuruti perintah ayahnya itu. Bahkan, tertuduh juga dilaporkan turut membantu mangsa melakukan tindakan tersebut.

Pada tahun 2019, ketika anak perempuan tertuduh telah berada di bangku sekolah menengah, dia telah menghadiri satu ceramah berkenaan seks tanpa kondom yang diadakan di sekolahnya.

Pada ketika itu, mangsa baru menyedari bahawa perbuatan ayahnya melakukan hubungan seks dengannya itu adalah satu perbuatan yang tidak betul.

Menurut pihak pendakwa raya, setelah mangsa mengetahui berkenaan perkara tersebut, mangsa berasa jijik dan telah menangis sebanyak beberapa kali ketika tertuduh cuba melakukan hubungan seks ke atasnya.

Namun begitu, tertuduh telah menyedapkan hatinya dengan menyatakan kepada mangsa bahawa dia melakukan hubungan seks bersamanya kerana dia tidak mahu anak perempuannya itu melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Pada 1 November 2019, mangsa mula timbul rasa takut ketika dia berasa bahawa ayahnya itu ingin melakukan hubungan seks bersamanya.

Dia kemudiannya berkurung di dalam biliknya sambil menangis. Dia kemudiannya menuju terus ke rumah makciknya dan menceritakan berkenaan apa yang telah terjadi di rumahnya selama ini.

Pada awal pagi 2 November 2019, makciknya telah membawanya ke balai polis dan membuat laporan berkenaan kejadian rogol yang dilakukan oleh bapanya itu.

Hasil daripada itu, tertuduh berjaya ditangkap pada hari yang sama.

Pihak pendakwa raya yang menuntut hukuman penjara 30 tahun serta sebatan sebanyak 24 kali dikenakan ke atas tertuduh berhujah dengan menyatakan bahawa tindakan lelaki itu merupakan salah guna kedudukan dan kepercayaan sebagai seorang yang bergelar bapa.

“Hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah terhormat ini haruslah sepadan dengan keperluan serius sebagai pembalasan dan pencegahan.”

“Ianya juga perlu selaras dengan ketidaksetujuan masyarakat terhadap kejahatan yang teruk itu serta mengurangkan keresahan dan kegelisahan umum seperti yang ditimbulkan oleh perbuatan jahat itu,” ujar pendakwa raya.

Sumber: Sindonews.com

Aqmal Ezany

I write what is right