Seorang pakar bedah Bariatrik, Dr Gaafor Mubarak mendedahkan pengalaman beliau bercakap dengan seorang pesakit di ICU, iaitu seorang pakcik tua sebelum meninggal.
Dr Gaafor dalam video TikTok yang dimuat naik di akaun peribadinya, menceritakan bagaimana seorang pakcik itu ‘meramal’ kejadian seterusnya, sebelum beliau meninggal.
“Dr, ada accident. 2 orang meninggal, 1 orang selamat. Anak dia selamat” kata pakcik itu. Menurut Dr Gaafor, pada awalnya beliau tidak memahami maksud pakcik itu.Namun, kira-kira setengah jam kemudian, ambulans tiba di wad kecemasan. Dr Gaafor dimaklumkan bahawa pesakit itu merupakan pesakit yang terlibat dengan kemalangan, iaitu seramai 3 orang. 2 orang meninggal dan 1 orang selamat, iaitu anaknya.
Untuk lebih mudah faham, boleh dengar pengalaman Dr Gaafor di akaun TikTok beliau, @drgaafor.
@drgafoor Reply to @muniratashamuna story time lagi bersama Dr G #fyp #medtiktok #storytime #kesihatan #malaysia #viral #tiktokmalaysia
Sumber: TikTok