Seorang wanita tertangkap kamera litar tertutup (CCTV) menghempas seekor kucing sampai mati pagi semalam. Rakaman CCTV itu telah dimuat naik di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association, dipercayai berlaku di Melaka.
Menurut hantaran tersebut, insiden ini dirakam pada jam 6.40 pagi, 13 Oktober 2021 di hadapan premis perniagaan di Lingkaran MITC Melaka.

Rakaman berdurasi 50 saat ini awalnya memperlihatkan seekor anak kucing sedang tidur di hadapan sebuah premis deretan kedai. Namun individu tersebut tiba-tiba mengangkat kucing berkenaan dan menghempaskannya ke lantai beberapa kali.

Tambah admin laman Facebook berkenaan, pengadu yang membekalkan rakaman CCTV tersebut mendakwa tidak mengenali pelaku. Penduduk di sekitar kawasan Ayer Keroh Heights yang mengenal pasti pelaku ini boleh memberi maklumat melalui hotline jenayah haiwan di sini dan layari laman web di pautan ini untuk laporan kes jenayah haiwan.
Sumber: Facebook Persatuan Haiwan Malaysia