Siakap Keli
Gambar Via Bernama

KJ Maklumkan KKM Sudah Buat Laporan Polis Terhadap Kumpulan Antivaksin

Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin.

Menurutnya, pihak KKM berharap agar tindakan susulan berkaitan perkara itu dilakukan segera.

“Kami harap tindakan susulan (siasatan, pendakwaan dan lain-lain) dapat disegerakan.

“Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Beliau memaklumkan mengenai perkara itu sebagai respon kepada seorang doktor di Twitter yang menggesa agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap golongan antivaksin yang menubuhkan group di Telegram dan menyebarkan maklumat palsu berkaitan vaksin serta COVID-19.

Sumber: Khairy Jamaluddin

Sofea

There's always another side to every story