Siakap Keli

(Video) Ingat Sebut “Boleh..Boleh..Boleh”, Viral Kat TikTok, Ini Kisah Disebalik Lagu ‘Love Nwantiti’

TikTok kini menjadi salah satu platform media sosial paling popular terutama dalam kalangan anak muda yang menghasilkan pelbagai kandungan video sehingga ada yang menjadi tular di seluruh dunia.

Di samping akaun-akaun pengguna yang sentiasa mendapat jumlah tontonan yang banyak, lagu-lagu yang menjadi ‘runut bunyi’ untuk video di aplikasi itu juga sering menjadi perhatian ramai. Ia sekaligus membuatkan penyanyi-penyanyi lagu tersebut turut terkena ‘tempias’ popular dan semakin dikenali.

Salah satu darinya ialah lagu ‘Love Nwantiti’ yang dinyanyikan oleh Ckay. Menurut Rolling Stone, lebih dari tiga juta video di TikTok yang telah menggunakan lagu itu.

Maksud lagu dalam bahasa Igbo

Bagaimanapun, mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai maksud di sebalik tajuk lagu itu. Untuk pengetahuan, ‘Love Nwantiti’ bermaksud ‘Small Love’ di dalam bahasa Igbo iaitu bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di utara Nigeria. Lirik di dalam lagu itu juga mempunyai campuran bahasa Igbo dan bahasa Inggeris.

Dengan suara CKay yang merdu, ia membuatkan lagu itu kedengaran sangat unik dan tidak bosan untuk didengari.

Ckay atau nama sebenarnya Chukwuka Ekweani  mengatakan dia terkejut setelah lagu itu ‘meletup’ dan mendapat perhatian ramai. Penyanyinya itu memulakan kariernya sejak tahun 2018 dengan lagu yang bertajuk ‘Container’.

‘Love Nwantiti’ pula dirakam dan diperdengarkan kepada umum pada tahun 2019. Kejayaannya bermula apabila remix lagu itu telah dikeluarkan bersama Joeboy dan Kuami Eugene pada Ogos tahun lalu.

@hiphopdx.asia

@ckay_yo ❤️ #lovenwantiti #lovenwantitichallenge #lovenwantititutorial

♬ love nwantiti (ah ah ah) – CKay

Duduki carta di 160 buah negara

Di sebalik kejayaan lagu itu, berlaku beberapa salah faham terutamanya mengenai asal lagu tersebut. Beberapa orang netizen pernah mendakwa bahawa lagu itu merupakan lagu dari seorang artis Maghribi.

Sejak 11 September lalu, ia telah menjadi lagu paling diminati di dunia, mengalahkan lagu ‘Stay’ yang dinyanyikan Justin Beiber dan Kid Laroi. Buktinya,  ‘Love Nwantiti’ telah berada di dalam carta lagu di 160 buah negara.

Sumber: Rolling Stone, hiphopdx.asia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.