Siakap Keli

Kilang Terlebih Capai “Target”, Pemuda Kongsi Bos Hadiahkan Semua Staf Ipad & Sony Earbuds

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selain mendapat gaji dan bonus, ada sesetengah syarikat yang melakukan inisiatif dengan memberikan ganjaran kepada pekerja bagi menghargai usaha mereka yang telah berhempas pulas mencapai target yang diinginkan. Ia sekaligus boleh meningkatkan lagi motivasi dan produktiviti para pekerja.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter ada berkongsikan mengenai perkara tersebut sehingga mendapat perhatian warganet.

Menerusi ciapan ringkas yang dimuatnaik @msidekj, dia berkongsikan ganjaran yang diperolehinya dari kilang tempatnya bekerja di Singapura. Difahamkan, kesemua pekerja mendapat ganjaran kerana hasil kerja keras mereka telah memberikan pulangan yang lumayan kepada kilang itu.

Menurutnya, pekerja tetap mendapat iPad yang berharga $600 (RM1,850), manakala pekerja kontrak pula mendapat earbuds yang berharga $200 (RM616).

Baru 8 bulan bekerja di kilang itu, Sidek meluahkan rasa syukur dan mengatakan dia mungkin tidak mampu untuk membeli peranti itu sendiri.

“Kalau beli sendiri. Memang tidaklah aku nak belanja sebegini. Eh, yang masuk baru 3 hari pun dapat yo”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘cemburu’ melihat ganjaran yang diperolehi Sidek dan teringin untuk kerja di situ juga.

Sumber: mSidekJ

Sofea

There's always another side to every story