Siakap Keli

(Video) “Suara Pun Tak Cam,” Hampir Setahun Tak Jumpa, Ibu Sebak Anak Buat Kejutan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sekian lama memendam rasa rindu terhadap insan tersayang, akhirnya kita semua sudah dibenarkan untuk merentas negeri dan berjumpa dengan keluarga masing-masing. Pastinya sangat sukar untuk menggambarkan perasaan apabila dapat bertemu semula dengan mereka, gembira dan sedih semuanya bercampur baur.

Situasi itu dapat dilihat menerusi video-video yang dikongsikan oleh warganet sejak minggu lalu. Kebanyakan dari mereka telah membuat kejutan kepada ibu bapa masing-masing.

Salah satu video yang menarik perhatian adalah yang dikongsikan oleh @sufiahnazirah di TikTok tiga hari lalu.

Menerusi video itu, abang sulungnya dilihat telah membuat kejutan untuk ibunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dengan menyamar sebagai pengunjung yang bertanyakan mengenai jam.

Ketika itu, ibunya menjawab pertanyaan tanpa menyedari bahawa itu merupakan abangnya.

Kejutan dari Terengganu

Menurut Sufiah, abangnya yang tinggal di Terengganu telah merancang untuk melakukan kejutan itu kerana sudah hampir setahun tidak bertemu dengan ibunya.

Kami adik beradik semua stay kat Sepang. Except dia sorang je kat Terengganu.

Petang tu buat surprise kat Mak. Kononnya nak pergi KLIA2 sebab nak pergi Celcom kat KLIA2. Mak clueless,” katanya ketika dihubungi SK

Tambahnya, ibunya mungkin tidak perasan bahawa itu abang sulungnya kerana memakai pelitup muka dan cermin mata hitam.

Suara pun tak cam, mungkin sebab pakai mask,” ujarnya.

Namun, apabila pelitup muka dibuka, ibunya terus menangis dan memeluk sayu abangnya.

@sufiahnazirah

Kami adik beradik semua kat Sepang except Alom kat Tganu.. Mak siap tanya x boleh ke kalau g Celcom esok. (sorry video kena manual rotate. Tgh sedih)

♬ original sound – Mal Hamka – Mal Hamka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasakan sedih melihat video itu.

Sumber: sufiahnazirah

Sofea

There's always another side to every story