Siakap Keli

Banjir, Tanah Runtuh Ragut Lebih 150 Nyawa Di India Dan Nepal

Keadaan banjir pada masa kini amatlah membimbangkan di beberapa kawasan yang terlibat. Dengan keadaan hujan tidak berhenti-henti, ianya mendorong kepada berlakunya banjir besar dan tanah runtuh di beberapa tempat.

Di India dan Nepal, lebih 150 orang penduduknya telah maut akibat bencana banjir dan tanah runtuh ini. Menurut pihak berkuasa di sana, bencana ini berpunca daripada hujan yang berterusan selama beberapa hari sehingga menghancurkan jalan raya serta rumah di dua negara ini. Pihak berkuasa juga memaklumkan bahawa masih terdapat ramai mangsa yang hilang dan tidak diketahui keberadaannya.

Pada Rabu lepas, pihak berkuasa negeri Uttarakhand yang berada di Utara India melaporkan bahawa seramai 46 orang telah maut selama beberapa hari dan 11 yang lain masih hilang.

Di Selatan Kerala, Ketua Menteri Pinarayi Vijayan memaklumkan bahawa seramai 39 orang korban telah tewas di sana.

30 orang telah terkorban di Uttarakhand dalam tujuh insiden berasingan di wilayah Nainital pada Selasa lepas. Insiden hujan lebat dan banjir yang sangat deras telah mencetuskan beberapa kejadian tanah runtuh sehingga mengakibatkan kemusnahan beberapa sturktur.

Menurut pegawai tempatan, Pradeep Jain, lima sekeluarga telah maut di rumah yang sama akibat tertimbus oleh tanah runtuh yang sangat besar.

Kejadian tanah runtuh juga telah berlaku di Daerah Almora Utara yang telah membunuh lima orang akibat batu besar dan lumpur dalam sehingga menghancurkan kediaman mereka.

Benca ini juga telah melanda di dua daerah terpencil di negeri Himalaya sehingga mengorbankan enam mangsa yang lain pada Isnin lalu.

Jabatan Meteorologi India memberi amaran kepada semua penduduk dengan meramalkan bahawa hujan lebat akan berlanjutan di wilayah berkenaan.

Oleh disebabkan bencana ini, pihak berkuasa tempatan telah memerintahkan penutupan sekolah dan melarang semua aktiviti keagamaan serta pelancongan di sana.

Lebih daripada 100 pelancong terkandas di dalam sebuah resort di Ramgarh selepas Sungai Kosi melimpahi air di beberapa kawasan.

Di Nepal, jumlah kematian telah meningkat kepada 77 orang akibat hujan lebat selama tiga hari berturut-turut sehingga mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh pada Rabu lepas. Menurut pihak berkuasa tempatan di sana, 34 mayat telah berjaya di bawa pulang.

Menurut Pegawai Kementerian dalam Negeri, Dil Kumar Tamanag, daripada jumlah tersebut, 24 kematian telah dilaporkan di daerah Panchthar, timur Nepal bersempadan dengan India. 13 kematian pula direkodkan di negeri tetangga, Ilam manakala 12 lagi kematian di barat Nepal, Doti. Tambahnya, terdapat 22 orang cedera dan 26 yang lain masih hilang.

Tanah runtuh merupakan bencana yang berbahaya di sana, namun pakar mengatakan bahawa bencana kali ini akan menjadi lebih berbagaya kern hujan yang tidak menentu dan glasier mencair.

Pada Februari lepas, banjir kilat yang besar telah melanda lembah kecil di Uttarakhand sehingga mengorbankan kira-kira 200 orang. Peramal juga telah memberi amaran di Kerala bahawa akan berlakunya hujan yang kerap dalam beberapa hari mendatang.

Banyak empangan di negera tersebut hampir mencapai tanda berbahaya dan pihak berkuasa memindahkan ribuan orang ke lokasi yang lebih selamat kerana sungai besar sudah mula melimpah.

Pejabat cuaca India mengatakan hujan lebat akan kembali melanda Kerala dalam dua hari berikutnya.

Sumber:Aljazeera

Akhmar Ikmal